*sedang melayan lagu seventeen forever - metro station tiba-tiba terdetik tentang masa lalu
owh how i wish i could be 17 (or younger) forever
bila masa semua benda adalah jenaka
bila masa erti persahabatan adalah bermakna kawan
bila masa kekosongan dalam hati tak terasa
bila masa itu tingah laku, kata-kata tak perlu memikirkan tentang manusia lain
bila masa kita boleh terlepas dari apa sahaja
saya takut, sangat takut menjadi dewasa
terlalu banyak tanggungjawab
kepada diri, keluarga, sahabat, kawan (sahabat dan kawan saya definisikan sebagai kategori berlainan) dan mereka yang berkaitan.
yang paling saya takut,
tanggungjawab spiritual saya yang sememangnya seringkali diabaikan
saya cuba menjadi sehabis baik dalam persinggahan saya ke dalam kehidupan setiap orang
tapi saya takut tersilap langkah, terlepas suara yang bakal menyinggung
dan keadaan itu adalah punca terbesar ketakutan saya menghadapi masa hadapan
bukan mahu menjadi sempurna, tetapi cukup sekadar ikatan persaudaraan atau persahabatan itu kekal sampai bila-bila. insyallah.
kerana saya cukup sayang dan berbesar hati dapat bertemu setiap orang yang hadir dalam hidup saya biarpun cuma seketika
semakin umur meningkat saya sedar kekosongan yang saya rasa ini adalah kerana kurangnya amal ibadah
air sembahyang, sejadah, al quran dan seringkali di lupakan atau dibuat-buat lupa
dan untuk itu saya berharap agar dibukakan pintu hati ini untuk mendekatkan diri pada maha pencipta
lebih lagi, kekosongan ini amat saya rasakan bila berjauhan dengan mereka yang saya sayang (baca: keluarga, sahabat dan kawan)
saat itu saya sebenarnya memerlukan seseorang kerana mana mungkin keluarga, sahabat dan kawan dapat bersama 24 jam, berutus khabar sepanjang hari ataupun melayan panggilan malam ke pagi
saya hanya dapat bermimpi tentang itu
kerana saya tak tahu menghargai peluang dan juga anugerah terindah yang pernah saya miliki suatu ketika dulu, ketika kekosongan ini sedikit terisi
sehingga sekarang ketika menulis entri ini saya rasa peluang kedua tak mungkin datang
ya, saya merindui telinga yang setia mendengar, tangan yang mengenggam erat, bahu untuk saya menumpang tangis, ucapan indah (adaklanya tidak) yang mewarnai hari-hari saya dan pelukan yang sedia diberi bila-bila saya amat memerlukan. cliche? tapi mungkin kamu tak tahu betapa saya merindui semua itu.
kenapa ya sekurang-kurangnya empat tahun lalu saya tak rasa hidup ni sangat berat?
Monday, January 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
saya pun sama
ingin kembali kepada kehidupan yg penuh dgn keceriaan..
oh!!mungkinkah masa berputar semula...
hidup adalah permainan..; (
yup me too...
btw i wonder if i am ur kawan or sahabat...
hehe...
Post a Comment