sri delima?
no?
how about adibah amin?

adibah amin, saya rasa ramai mengenalinya sebagai seorang penulis yang dikagumi, anak kepada pejuang kemerdekaan ibu zain, cikgu bedah adalah watak lakonannya yang saya rasa semua orang ingat sampai hari ini dalam cerita adik manja dan sri delima adalah nama pena beliau.
adibah amin juga adalah guru tuisyen saya sejak tingkatan 2 hingga 5
mengajar subjek bahasa malaysia dan inggeris dan antara penyumbang terbesar saya mendapat A1 untuk kedua-dua subjek tersebut dalam sijil SPM saya (ceh nak jugak!)
siapa yang boleh lupa bagaimana santunnya beliau mengajar, lawak sinis, dan tabung bergerak untuk membayar yuran (yuran ke?). beliau tidak meminta bayaran bulanan tetapi dibayar setiap kali kelas. tapi apa yang lebih penting ilmu yang dicurahkan sampai hari ini saya tak akan lupa.
lebih kurang 4 tahun saya tak jumpa, rasa rindu amat sangat
dan saya mula mencari beliau di facebook (motif?)
tiada profile tapi ada fan page
saya senyum (sekurang2nya ada perkembangan)yang ada di fan page beliau
tapi hati saya gusar melihat gambar di bawah

gambar dikatakan diambil pada raya 2008
dan semalam saya google mengenai kesihatan beliau dan saya menjumpai ini:
dan berita itu di tulis pada April 2008.
saya tak tahu apa perkembangan beliau sekarang.
harapan saya agar beliau cepat sembuh dan terus berkarya disamping mendidik anak bangsa (poyo, i know)
saya sayang cikgu saya! =(
JOHOR BAHRU: Bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Khalidah Adibah Amin atau lebih dikenali sebagai Adibah Amin diserang penyakit angin ahmar Ogos lalu menyebabkan sebahagian badan kanannya lumpuh sementara manakala tangan kanannya terjejas dan tidak dapat menulis.
Adibah, 72, kini kelihatan kurus dan cengkung serta kurang bermaya, terbaring di atas katil di rumah adiknya di Straits View di sini dan hanya mampu tersenyum menerima kunjungan tetamu.
“Terima kasih, terima kasih,” katanya yang tidak banyak bercakap namun mampu bersalam dan kelihatan gembira dengan kehadiran wartawan Berita Harian di sini, semalam.
Ketika ditanya sama ada beliau sudah makan, Adibah tidak lekang tersenyum sambil menyatakan beliau belum makan.
Difahamkan, walaupun keadaannya jelas uzur, Adibah sering menyatakan beliau sihat bila ditanya khabar dan sudah makan walaupun hakikatnya beliau hanya menjamah beberapa suap nasi dan lauk, serta coklat setiap hari.
Adiknya, Sulaiman Shakib Amin, 68, berkata, kali terakhir Adibah menulis sebelum beliau diserang penyakit angin ahmar adalah menerusi buku Chronicle of Malaysia.
“Semua hasil nukilan kakak adalah dengan tulisan tangannya sendiri kerana dia tidak gemar menggunakan komputer mahupun mesin taip.
“Kakak menulis dengan tangan kanannya. Kini, kakak hanya boleh memegang pen, untuk menulis dia tidak mampu,” katanya.
Sulaiman berkata, sejak tidak dapat menulis, Adibah hanya menerima royalti daripada hasil penulisan buku yang diterbitkan semula oleh MPH Publishing, menerusi buku bertajuk As I Was Passing dan As I Was Passing II.
Kedua-dua buku itu memuatkan beberapa hasil penulisan Adibah dalam ruangan khas yang disiarkan akhbar New Straits Times (NST) sekitar 1970-an dan 1980-an.
Kali terakhir Adibah menerbitkan bukunya ialah pada tahun lalu menerusi buku bertajuk Chronicle Of Malaysia; 50 Years of Headline News, yang memuatkan pelbagai berita padat berkaitan sosiol, ekonomi, politik, teknologi, sukan, aktiviti kebudayaan dan pencapaian Malaysia sejak Januari 1957 hingga 31 Ogos 2007.
Kata Sulaiman, selepas diserang angin ahmar, kakaknya yang menerima rawatan di Hospital Pakar Johor (HPJ) beransur pulih dan sudah boleh berjalan serta bercakap seperti biasa.
Bagaimanapun, katanya, pada sekitar Disember lalu, Adibah kembali tidak aktif, enggan makan dan tidak mahu menjalani fisioterapi mengikut jadual.
Beliau berkata, dalam tempoh lapan bulan lalu, kakaknya mengunjungi hospital kira-kira lima kali dan terbaru Adibah menerima rawatan di HPJ, Sabtu lalu kerana berasakan sesuatu tersekat di kerongkongnya sebelum dibenarkan pulang Rabu lalu.
Katanya, keadaan Adibah tidak serius namun doktor menyatakan Adibah akan bertambah baik jika makan dan melakukan fisioterapi mengikut jadual.
“Alhamdulillah kakak saya tidak berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan apa saja penyakit yang biasa dialami mereka yang seusianya. Beliau tidak pernah gagal mengambil ubat dan masih mengenali sesiapa saja yang datang mengunjunginya.
“Namun, kakak saya enggan makan dan hanya makan sedikit dalam sehari menyebabkan tiada stamina, lemah dan hanya dapat bergerak perlahan,” katanya.
Beliau berkata, berat badan Adibah kini hanya 36 kilogram (kg) berbanding kira-kira 49 kilogram ketika masih sihat pada pertengahan tahun lalu.
Sulaiman berkata, Adibah dijaga beliau dan isterinya, Fatimah Abdul Kapi serta orang gajinya di rumah berkenaan.
dan berita itu di tulis pada April 2008.
saya tak tahu apa perkembangan beliau sekarang.
harapan saya agar beliau cepat sembuh dan terus berkarya disamping mendidik anak bangsa (poyo, i know)
saya sayang cikgu saya! =(

2 comments:
saya pun sayang cikgu bedah...
tuition ngan die mase form 5...
she's such a great teacher...
klu kite kt jb jom melawat die...
jom!!! tapi saye dah start sem dahh
weekend ke ekh!
Post a Comment