Friday, February 13, 2009

duapuluhlima


sebenarnya benda alah ni di tag di facebook
saya post di blog ni sebab i worked my a** hard for this ok! kalau nak letak kat facebook je rasa macam tak berbaloi
btw, i edited some part untuk kesesuaian blog =)


Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it’s because I want to know more about you!

satu:
nama saya ARIF BIN EDDY BIN DAUD. memang pendek. sebab tu saya suka guna ARIF EDDY. tapi jangan panggil saya EDDY macam cikgu2 sekolah rendah saya selalu panggil. dan lagi satu nama saya ada satu je huruf F bukan double F ye. saya sensentap sikit kalau orang salah eja.

dua:
saya berkebolehan untuk tidur selama 12 jam tak bangun2. selalunya sebab tidur lambat. so bila tidur lambat, saya akan bangun lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii lambat. dan saya juga mempunyai masalah bangun tidur yang agak kronik. tanyalah bekas2 housemate saya ataupun mak saya.

tiga:
saya suka dengar lagu2 yang comel dari penyanyi yang comel dan tak selalu keluar radio. contohnya yuna, lenka, soko, yael naim, ingrid michaelson dan banyak lagi la. kalau awak nak nanti saya burnkan. owh ya robin thicke termasuk jugak.

empat:
saya suka berimaginasi untuk dancing in the moonlight kat tepi pantai bersama hembusan bayu (hak ptuih) atas plank deck with hanging lanterns dengan closest friends. dan sudah tentunya diiringi lagu dancing in the moonlight, like duh!
dan lagi satu saya juga suka berimaginasi untuk memandu dalam pekat malam (lagu latar, peterpan - mimpi yang sempurna versi akustik) pastu berhenti kat atas bukit yang sangat tinggi, capai blanket, keluar kereta dan counting down the stars, had a deep conversation sampai saya tertidur dan bangun keesokannya di sebelah orang yang teman saya pada malam tu. so sweet kan?

lima:
sukan yang saya main/pernah main adalah bowling, ice skating, swimming and roller blade. itu sahaja. semasa membesar saya bukanlah kanak2 yang aktif tapi saya tetap membesar bagai johan.

enam:
salah satu sebab yang menyumbang kepada perkara no. lima di atas adalah kerana saya amat takut kepada bola yang datang ke arah saya. LIKE SERIOUSLY! i always imagine yang bola tuh akan menghentak kepala saya ataupun hentakan terkena perut atau dada . lepas tu saya mati. takut ok! sebab tu saya tak akan main sukan seperti bola sepak, bola baling, ragbi, bola jaring, bola keranjang, sepak takraw dan sebagainya yang menggunakan objek bernama bola. balls lain cerita.

tujuh:
saya adalah peminat setia Dato' Hajjah Siti Nurhaliza bte. Taruddin. saya ada semua album dia start dari lagu jerat percintaan, album2 kompilasi, album2 karaoke (walaupun saya tak berkaraoke), album2 raya, album2 konsert, sehingga album yang latest which is lentera timur. oh, saya pernah memaksa parents saya untuk ke konsert mega siti di bukit jalil dulu. dan majalah2 yang ada cover muka dia saya akan beli. 11 tahun menjadi peminat and i don't see the end of it.

lapan:
saya mula potong kuku sendiri masa saya pergi program latihan khidmat negara di kem muadzam shah. sebelum tu, mama saya atau uncle saya yang akan potongkan kuku tangan serta kaki saya. bila teringatkan semula saya rasa kesian sangat kat diaorang.

sembilan:
walaupun saya amat suka menghadiri event2 seperti bazaar, concert, fashion party dan lain2, saya kurang gemar ber"kelab", saya hanya akan pergi bila ramai kawan2 yang pergi dan saya menganggapnya untuk get together beramai2.

sepuluh:
alhamdulillah, sampai hari ini saya berjaya menjauhkan diri dari merokok, minuman keras dan penyalahgunaan dadah. saya bersyukur kerana kawan2 saya tak pernah mengajak saya membuat perkara2 tersebut walaupun mereka mungkin melakukan salah satu perkara itu. dan saya x menghakimi mereka kecuali saya amat marah terhadap perkara ketiga yang saya rasa sangat berat. mungkin itu pendapat saya.

sebelas:
saya seorang yang amat pandai menyembunyikan perasaan. saya rasa lah. sebab selalunya saya tak akan menunjukkan perasaan sedih atau hiba bila berjumpa dengan orang lain. tapi kadang2 orang boleh nampak bila masa muka saya agak pissed off. tapi saya cuba senyum jugak.

duabelas:
tapi perasaan marah saya akan meluap2 bila saya memandu kereta. really! i cursed a lot while driving dan saya rasa macam masuk alam laim bila memegang stereng kereta. alam di mana saya jek betul dan orang lain salah.

tigabelas:
saya mempunyai cita2 tertangguh untuk memiliki lesen PADI. bukan , saya bukan nak tanam padi tapi saya nak ada lesen menyelam skuba. cita2 yang di cita2kan bersama ayah saya ni dah lama tertangguh sejak tahun 2006. saya berharap satu hari nanti saya akan ke pulau yang best, stay lama2 dan amik PADI course tu.

empatbelas:
saya masih lagi makan disuapkan oleh nenek saya sampailah saya sekolah menengah. sampai saya rasa malu sendiri. agak lama nak tau malu kan. tapi makan suap memang best. lauk ikan goreng dengan kicap pon rasa macam makan fine dining. konon nye lah. sekarang pulak saya suka suapkan kawan2 saya.

limabelas:
saya mempunyai serious case of paranoia. saya akan cepat gelabah bila barang saya misplaced. saya akan berjalan laju dan sentiasa menoleh belakang bila jalan sorang2. saya akan pastikan tiada barang berharga dalam tempat duduk kereta. saya takut akan ketakutan.

enambelas:
saye pernah menganggap bahawa susu coklat yang menjadi kegemaran saya masa kecil tu datangnya dari lembu yang berrtompok coklat. sumpah saya rasa saya ditipu oleh gamba lembu kat kotak tu. jahat la pembuat susu tu.

tujuhbelas:
saya suka mendengar cara orang menyebut sesuatu perkataan. ini tak termasuk perkataan yang sesuka hati ditukar sebutan ya. harap maklum. sebagai contoh saya suka cara jennifer lopez sebut perkataan 'THROUGH'. sila dengar lagu2 dia yang ada perkataan through untuk memahami apa yang saya maksudkan. saya jugak suka victoria beckham sebut 'MAJOR' sebagai 'MAY-JAH'

lapanbelas:
saya sangat ketagih terhadap internet. saya boleh runsing kalau satu hari tak baca perez hilton atau pun bukak fb ni. saya akan menyumpah seranah tm bila streamyx kat rumah buat hal. pastu saya kan gigih ke CC. takpun saya akan menyumpah dalam hati orang di wangsa maju yang saya selalu curik wireless dia bila tak boleh connect.

sembilanbelas:
saya rasa saya ada obsessive compulsive disorder. saya selalu nak semua benda sampai sempurna. sempurna bagi saya lah. mungkin tak bagi awak. kalau pakai samping saya akan menjaga samping yang saya pakai tu dengan tidak selalu duduk ataupun kemaskan betul2 baru duduk supaya samping tu tak crumple. kalau pakai kasut leather baru, saya cuba tak mengerakkan jari kaki supaya tak ada line2 buruk kat atas kasut tu. lepas makan saya akan pastikan sisa2 tu berada dalam satu kelompok bersama tisu yang saya guna. juga saya akan pastikan tiada sisa lauk atau nasi di luar pinggan. which is jarang berlaku sebab saya makan tak bersepah. saya hairan orang yang makan bersepah macam kucing walaupun saya tau dia manusia.

duapuluh:
saya amat berminat in decorating stuffs. dan minat tu menjadikkan saya ter'suka' dalam event planning. masa saya kecik2 saya suka dengan majlis orang kahwin sebab saya suka persiapan yang dibuat sebelum majlis macam hias pelamin, potong bunga rampai, dan lain2. dah besar pulak saya minat plan outing, ataupun special ocassions. saya akan cuba all out in term of decorations seperti yang diajar oleh david tutera.

duapuluhsatu:
saya seorang claustraphobic. saya boleh lemas bila berada dalam tempat yang sempit dan gelap. sebagai contoh saya pernah nangis bila ada dalam gelungsur tiub kat afamosa waterworld yang saya rasa took forever untuk saya sampai ke bawah. itulah kali pertama dan terakhir saya naik gelungsur tiub.

duapuluhdua:
saya suka baca blog2 fashion dan street style seperti the sartorialist dan sebagainya. saya rasa majalah fesyen sudah tak relevan lagi sekarang. tapi saya tak pernah pun berani nak cuba street styles seperti dalam blog2 tu. sebab saya kekurangan self esteem kot.

duapuluhtiga:
saya amat takut kehilangan orang yang bernama kawan. sebab saya pernah merasai bagaimana kehilangan seorang kawan dan tak sempat nak mintak maaf. dan saya bersyukur pada kewujudan friendster kerana saya dapat mintak maaf setelah hampir 6-7 tahun berpisah. sebab tu saya tak nak lagi hilang orang2 yang saya sayang.

duapuluhempat:
ia mengambil masa lebih kurang seminggu untuk saya menyiapkan tagged note ini. kalau saya boleh spend time untuk silly-but-it-will-let-me-k
now-more-about-you thingy ni kenapa awak tak boleh kan? so sila la buat walaupun tiada paksaan dalam islam.

duapuluhlima:
saya akan biarkan kosong supaya awak boleh tambahkan sendiri di ruang comment (padahal tak ada idea)


xoxo. saya penat.


saya tag semua orang yang saya follow blog mereka. kalau awak dah buat sila bagi link entry tersebut ye.

sekian terima kasih.

1 comment:

.kazrina. said...

lenka and ingrid michaelson best kannn!! sep sket! hehe

awk patut tambah. "saya adalah peminat setia shell, sbb shell lebih kilometer."

ok byeee!!