pemerhatian sepanjang empat bulan tahun ini (untuk SEMUA yang membaca) :
i. dunia ini tidak berputar mengelilingi awak. jadi bukan semua perkara dalam dunia ni berkaitan dengan awak, awak, awak.
ii. kalau rasanya nya nak mendapat kredit dalam sesuatu perkara, earn for it. bukan hanya membiarkan orang lain membuat kerja dan awak mengambil penghargaan di atasnya. lembu punya susu, sapi dapat nama. dan kalau rasa awak boleh menyumbang sesuatu, tak perlu dirayu atau dipaksa, step to the front dan beri tahu what you can contribute.
iii. salah satu sebab tuhan beri kita rezeki, supaya kita dapat berkongsi dengan semua orang. kalau awak jenis yang kedekut, awak seharusnya tahu kenapa masalah kewangan atau kesusahan selalu terjadi ke atas diri awak.
iv. hutang tetap hutang walaupun tak dituntut. bukan hutang duit malah barangan peribadi juga di kira hutang. kadang-kadang orang yang memberi hutang lagi segan nak meminta balik hak miliknya daripada orang yang berhutang.
v. jangan biarkan orang tertanya-tanya atau menunggu jawapan dengan agak lama. kalau ya, cakap ya. dan begitu juga sebaliknya. kesabaran saya tercabar dengan orang yang sukar memberikan kata putus dan kadang2 terus menyepi atau membatalkan sesuatu pada saat akhir. ini termasuk perkara seperti keluar tengok wayang dan sebagainya.
vi. over sensitive. tolong jangan jadi salah seorang daripadanya sebab saya jarang bertoleransi dengan orang-orang seperti ini. ada sebab kenapa orang bercakap mengenai awak, ada sebab orang tak ajak keluar dan ada sebab untuk berbagai sebab. lagi satu kalau awak jenis yang memang selalu tak menghormati masa orang, perasaan orang, kenapa perlu over sensitive bila orang lain berbuat yang sama kepada awak?
saya tidak fokus perkara di atas hanya kepada seorang sahaja kerana ini juga merupakan peringatan untuk diri saya.
Wednesday, April 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
ARIF...
is it me??
if i'm the person..plz forgive me..
sob..sob..; (
Post a Comment