Wednesday, April 29, 2009

selepas 5 bulan

kali terakhir saya membuat relaxing adalah pada awal bulan 12 tahun lalu.

jadi anda boleh bayangkan bagaimana rambut yang berombak (ceh, tetap tak nak mengaku kerinting) dah tumbuh dengan panjang.

rambut yang dekat dengan akar menjadi seperti huruf S dan kemudian lurus dengan kering dan bersimpul mati di bahagian hujung rambut tertentu.

menakutkan, saya tahu.

dan saya rasa sudah tiba masa untuk...



oh, cerita pasal gunting rambut,
masa umur 5 atau 6 tahun saya dan cousin dengan gembiranya memotong rambut masing-masing.

lepas tu dengan besar hati tunjuk kat ayah dan mama

saya rasa dalam hari tu jugak rambut saya dibotakkan terus sebab sopak sana sini haha

No comments: